26 June 2010

Tokoh Perjuang Kemerdekaan





Nama :
Tunku Abdul
Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Lahir :
08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda).

Pendidikan :
1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
1916 - Penang Free School, Penang.
1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.
1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.

Kerjaya :
1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor.
1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.
1956 - Rombongan Merdeka ke London.
1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.
1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.
1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963.
1970 - Bersara dari Politik.

06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara berkabung atas pemergian Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas wasiat Almarhum, jenazah disemadikan di Makam Di Raja Langgar.

22 April 2009

Asal Usul Jalur Gemilang

Jalur Gemilang mula di kenali apabila pada tahun 1949. Melalui persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mempertimbangkan dan membuat perakuan berkaitan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

Satu pertandingan telah diadakan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan dan disertai oleh 373 karyawan. Dengan pertandingan yang diadakan itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir. Setiap dari tiga rekabentuk itu akan dinilai semula sebelum satu kepusan penilaian dibuat.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Orang ramai diberikan peluang untuk memberikan pendapat tentang rekaan bendera yang sesuai. Pada 29 November 1949 keputusan pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan. Keputusan akhir majoriti telah memilih rekabentuk ciptaanEn. Mohamad bin Hamzah iaitu seorang arkitek kerajaan di negeri Johor.

Adakah kita mempunyai kesedaran sivik ??

Kamus Dewan edisi ketiga menginterpretasikan sivik sebagai ilmu tatarakyat dan hak serta perasaan tanggungjawab seseorang terhadap masyarakat.

Ilmu tatarakyat pula dihuraikan sebagai ilmu berkenaan bagaimana seseorang hidup dalam masyarakatnya.

Pendek kata, sivik yang sinonim dengan perkataan ‘kesedaran’ membawa kita kepada suatu aspek kesedaran mental dan fizikal untuk hidup bermasyarakat dengan terkandungnya nilai-nilai tanggungjawab, hormat-menghormati, amanah, ikhlas, beretika, bersatu padu dan sebagainya.

Fikir-fikirkan?? cukupkah kesedaran sivik yang kita ada??